Saturday, 5 November 2011

KELEBIHAN 10 HARI PERTAMA ZULHIJJAH



Kelebihan 10 Hari-hari Pertama Zulhijjah

RasulAllah sallallahu'alayhiwassalam bersabda yg bermaksud; Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini iaitu 10 hari Zulhijjah. Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang kel...uar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah).~Riwayat Imam Al-Bukhari.

Bahkan Rasulullah sallallahu'alayhiwassalam juga bersabda; “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah).

Baginda Nabi juga bersabda; “Seutama-utama hari adalah hari Arafah”.

Di antara amalan yang dianjurkan adalah:-

1. Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadis menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya : Sabda Nabi s.a.w.: “Satu umrah ke umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan syurga”.

2. Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari Arafah. Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ia adalah pilihan Allah seperti yang dinyatakan di dalam sebuah hadis qudsi, “Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”.

3. Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah s.w.t yang bermaksud, (Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum), hari-hari tersebut dijelaskan sebagai 10 hari di bulan Zulhijjah. Sebab itulah para ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadis Ibnu Umar r.a. yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di antaranya, “Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)”.

4. Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana maksiat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya.

5. Memperbanyakkan amalan soleh terutama amalan sunat tambahan seperti solat sunat, berjihad, membaca al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana semuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut.

Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun kecil tetapi ia lebih disukai oleh Allah dibandingkan pada hari-hari lain. Begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikategorikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).

6. Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjemaah.

Bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zuhur hari raya haji (10 Zulhijjah), semuanya berakhir sehingga waktu Asar pada hari ke-13 Zulhijjah.

7. Disyariatkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunah Nabi Ibrahim a.s. setelah Allah s.w.t mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.

Renung2kan dan selamat beramal...zulhijjah~bulan pengorbanan..wallahu'alam


sumber:Google

Friday, 4 November 2011

UPDATE UPDATE!!




SALAM...




hari ni penat....sgt2!pastu hmmm..memang aku tak menaruh harapan dapat keje tempat aku interbiu aritu..biasanya kalau diorang tak call dalam masa 3hari..takde harapan la..








mana aku nak cari keje lagi????memang keje banyak berlambak2 area PJ tp ada birokrasi skit...argghhh malas aku nak ceta banyak2..yg penting aku nak keje..tapi....












kalau aku keje siapa nak jaga anak2 aku..then kalau aku tak keje ekonomi family kucar kacir jadinya..huh sakit kepala!!!!STRESSSSS!!








liez:doa+usaha+ikhtiar+tawakal (:

Thursday, 3 November 2011

SALAM AIDIL ADHA

salam..

salam aidil adha...

lama nda buat post baru..ish2..hmpir lupa suda aku ada blog..*konon* neway x apa pun mau di apdet..kikikiki..

sekian..selamat berhari raya

Thursday, 22 July 2010

mo mo da da


salam wahai blog ku..

time tuk tebas menebas..hahak..kelazyan mengapdet blog.story byk mo share tp lalai dgn pisbuk. ;)

btw here i come..27hb ni arijadi DALILY IZAZI ;) mo pi mana ea?plan jak lebe ni..last2 x jadi jg..huhu..xpa kita merancang tuhan menentukan.klise pnya ayat tu.
skrg pening mo balik ka da mo balik raya..wawaaaah!mcmana kalau aku n dalily balik awal.tp bleh ke aku handle dalily sorang2?huhu..sakit otak pikir masalah yg lum jd masalah :@
so?ntah..tungguuuu ;;)

Thursday, 17 June 2010

2010..

SALAM 2010..
SEKADAR MO APDET...BLUMUT BKULAT BLOG AKU.. :D
 
Designed by Lena Graphics by Elie Lash